Thursday 12 December 2013

CHERISHED

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktu ...

17 hari sudah berlalu setelah tamat berjuang dalam medan peperangan SPM ; semuanya telah berakhir dengan gelak tawa dan gurau senda dari kawan-kawan yang tercinta .  Masing-masing telah mengikut arah tuju kehidupan yang mereka inginkan . Insya-Allah usaha dan keinginan mereka berjaya . Sekarang tinggal menunggu keputusan SPM keluar pada bulan 3 ni . Hati agak berat dan resah , tapi Insya-Allah , Allah akan bantu . Harap-harap dapatlah keputusan yang cemerlang so dapat juga mengukir senyuman kedua ibu bapa aku :) .

So , how's life after SPM ? Agak membosankan jugalah sebab kerja kejap ada kejap takda . Kawan-kawanpun kengkadang dapat kontak kengkadang tak dapat . Semua pun sibuk dengan kehidupan masing-masing dah . Faezeen pun dah balik Penang . Nak sebut pasal Fitri lagi ? Bestfriend sehidup semati Jannah aku tu ? Dia nak terbang g Selangor 4 Januari 2014 ni sebab mangkuk tu terkena PLKN . Aku doakan jelah budak tu supaya kesihatan dia sihat walafiat dan harap dia tak lupakan jasa aku yang selalu menaikkan darah dia :) . Geng2 COD pun macam dah tak aktif . Maka time SPM boleh lagi main berjam-jam . Takpalah nak buat macamana jugakan ?

Aku rindu sangat dengan kenangan-kenangan tahun ni . Aktiviti sekolah kalau nak dikatakan semua aku ikut . Futsal , Kem Kemanisan Iman , ehh macam-macam lagilah ! Part paling aku rindu , study ramai-ramai kat library Suria Sabah tu . Semangat okay ! Semua tekun mengulakaji sampai aku pun sangsi dengan perangai dorang . Maklumlah , muka-muka yang pemalas pun jadi rajin belajar . Teringat pula kisah kena denda tak siap kerja rumah . Kena jemur kat luar kelas . Kalau 2/3 orang takpalah , ni HAMPIR setengah kelas didenda . Maklumlah , geng karas ! Kes rambut panjang lagi . Rasa-rasanya selama 5 tahun study d Sanzac , baru 2 kali rambut aku digunting oleh cikgu Leput . Ustaz ketawa-ketawa ja . Actually ustaz tak jahat pun , dia tu penyayang cuma students ja yang kabur sangat nak nampak :) . 

Ehh what else nak coret ni ? Aaarrr hurrmm hah ! Bella :) . Walaupun baru 5 bulan bersama , macam-macam kami alami . Macam-macam drama yang diberikan kat atas pentas dunia ni . Berkat dari kesabaran dan tawakkal , Alhamdulillah masalah semua selesai . We still have a long journey , I know . Tapi aku harap one day , aku nak nikah dengan dia . Sambung belajar , cari kerja , simpan duit banyak-banyak and then Walimatul Urus lah . After that kerja and maybe sambung belajar lagi :) . Aku sayangkan dia macam aku sayangkan diri aku juga . Apam ! I love you :p

Tak tahulah apa nak buat lagi . Future masih belum tertulis . Nak belajar driving , itu ini masih belum tercapai . Nak kata free tak juga masih juga terikat dengan peraturan-peraturan dunia . Nak juga rasa macamana hidup di luar sana tanpa mengikut peraturan tu . Ketepikan semua tu , mungkin akan dapat kehidupan yang aman dan jauh dari masalah . Aku nak luahkan semua tapi fikiran asyik terkaku di tengah jalan . Lastly , aku rindu guru-guru sekolah dan tuisyen aku , aku rindu member-member sekolah aku , dan aku rindu dengan school life aku . Insya-Allah suatu hari , dapat jugalah jumpa dengan kawan-kawan yang jauh terpisah . 

Thanks for reading :)