Friday 16 August 2013

Me

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu ...


Hari ni nak post pasal diri yang tidak sempurna di duniawi ini . Okay , firstly , aku taklah tinggi sangat . Ala kadar sahaja ketinggian :) . Wajah aku tidaklah kacak seperti artis2 di luar sana , hanya biasa sahaja . Baik dan jahat adalah siapa diri aku . Setiap perbuatan mengukir segalanya dalam hati sebab perbuatan itu adalah refleksi siapa aku sebenarnya . 


Sejujurnya aku tidak pandai bermain gitar , bermain drum , menyanyi . Aku tidak ada bakat dalam apa2 seni . Memang tiada darah seni katakan . Aku tidaklah terlampau bergaya dan S.W.A.G mcm remaja2 lain di luar dan aku tidaklah sekaya mana . Hanya sederhana dalam hidup . Mungkin aku tidak mampu membuat itu dan membeli ini . Tapi yang penting , aku terima apa sahaja yang berlaku dalam hidup :). Kalau baik , aku bersyukur , kalau buruk , aku terima dengan hati terbuka . Mungkin sikap aku kasar sebab kengkadang kata2 dan perangai aku akan menyinggung perasaan mana2 pihak :) . Mungkin aku banyak melakukan kesilapan . Tapi aku berbuat begitu sebab hidup ini cukup singkat . Kita tidak tahu bila tiba ajal kita untuk meninggalkan mereka yang mengenali dan menyayangi kita . 


Sebenarnya aku bukanlah seorang manusia yang baik . Aku ni mementingkan diri sendiri . Aku selalu fikir tentang diri aku selain daripada orang lain . Tapi itu cuma fikiran aku kan ? Honestly , setiap hari bila aku bangun dari tidur , aku selalu tanya diri aku tentang khabar kawan2 aku . And setiap hari aku akan pastikan setiap sorang akan ketawa kegembiraan dgn jenaka2 aku . Walaupun begitu , di lubuk hati aku sebak kesedihan . Kenapa aku membuat orang lain gembira sampaikan diri aku sendiri susah untuk digembirakan ? Perasaan aku ni selalu berulang mengungkit kesesalan dan kebodohan aku . 


Tidak ramai yang kenal siapa aku yang sebenarnya . Hanya 1 atau 2 orang sahaja . Aku ni kuat menipu , banyak cakap sampaikan ada yang tidak percaya dengan perkara jujur yang telah aku ceritakan kat dorang . Nak yakinkan dorang tu pun payah nak dikatakan :) . Terpulanglah kepada individu tu nak percaya atau tidak . Itulah aku .... seorang yang tidak yakin dengan ketentuan yang telah berlaku . 

Terima Kasih kerana sudi membaca bebelan hati aku :') 

No comments:

Post a Comment